About Me

My photo
Berfikiran terbuka dari sudut agama

Friday, August 6, 2010

Ketauhidan Kepada Allah S.W.T

     Umum mengetahui, bahawa ketauhidan kepada Allah S.W.T adalah Tunjang kepada keimanan di dalam diri seseorang muslim yang aqil baligh. Bagi mencapai dan merasakan diri adalah benar-benar seorang hamba, maka seseorang yang mengaku beriman kepadaNya, wajib mengetahui bahagian-bahagian Tauhid dan seterusnya menghayati dan mengimani Ketauhidan tersebut.

Tauhid terbahagi kepada dua iaitu :
1. Tauhid Rububiyyah dan
2. Tauhid Uluhiyyah.

Keterangan :
1. Tauhid Rububiyyah adalah mengakui bahawa segala yang berada di langit dan di bumi samada dapat dilihat atau yang ghaib semuanya dicipta oleh Allah.
2. Tauhid Uluhiyyah adalah mengakui bahawa segala amal ibadat yang dilakukan dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara samada zahir atau batin adalah kerana Allah S.W.T

Kaitan antara Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah:
     Seseorang yang mukallaf atau aqil baligh, wajib mempercayai bahawa semua diciptakan oleh Allah S.W.T. samada yang dapat dilihat atau yang ghaib. Apabila kita benar-benar mempercayai dan mengimani Tauhid Rububiyyah ini, maka kita dengan sendiri akan merasakan bahawa diri kita ini adalah makhluk yang teramat lemah kerana kita ini adalah makhluk yang dijadikan, bukan yang menjadikan. Justeru, apabila kita merasakan diri kita ini lemah, tentu sekali ada yang melemahkan kita, itulah Allah.
    Apabila kita mengakui bahawa kita ini adalah lemah, tentu sekali kita akan mengharapkan pertolongan dari Yang Kuasa dan untuk mengharapkan pertolongan dari Yang Maha Kuasa, maka kita wajib mengikut segala arahan dan meninggalkan segala tegahanNya. Kenapa? kerana kita lemah dan mengharapkan pertolongan kepada yang tidak lemah. Bermula dari sinilah kita wajib memperhambakan diri kepadaNya dengan tulus ikhlas tanpa bersekutu dengan apapun dan keikhlasan di dalam beribadat kepada Allah S.W.T itulah yang dipanggil Tauhid Uluhiyyah. Maka sebagai seorang muslim yang mukallaf, wajib kita beriman dengan kedua -dua Tauhid Ini.

Sifat Allah Terbahagi kepada 3 bahagian :
A- Sifat Wajib Bagi Allah
B-Sifat Mustahil Bagi Allah
C-Sifat Harus Bagi Allah

A-Sifat Wajib Bagi Allah S.W.T.
   Setiap Orang Islam yang mengaku beriman Kepada Allah S.W.T, wajib mengiktikadkan bahawa sifat Allah tidak terhitung banyaknya. Akan tetapi yang wajib diketahui oleh seseorang Islam cuma adalah 20 sifat sahaja, iaitu :

1. Wujud-Ada
2.Qidam-Sediakala
3.Baqa- Kekal
4.Mukhaalafatuhuu lilhawaadits-Tidak sama dengan sesuatu
5.Qiyamuhu binafsih- Berdiri dengan sendiri
6.Wahdaniah- Esa
7.Qudrat-Berkuasa
8.Iradat-Kehendak
9.Ilmu- Pengetahuan yang tiada sekatan
10.Hayat- Hidup
11.Sama'- Mendengar
12.Basar- Melihat
13.Kalam- Berkata-kata
14.Kaunuhu Qodiran- Maha Berkuasa
15.Kaunuhu Muridan- Maha Kehendak
16.Kaunuhu 'Aliman- Maha Mengetahui
17. Kaunuhu Hayyan- Maha hidup tidak pernah akan mati
18.Kaunuhu Sami'an-Maha Mendengar tanpa batasan
19. Kaunuhu Basiran- Maha Melihat tanpa batasan
20.Kaunuhu Mutakalliman- Maha Berkata-kata dengan Bijaksana

B. Sifat Mustahil Bagi Allah
1-Sifat mustahil bagi Allah adalah lawan kepada Sifat Wajib Bagi Allah seperti yang dinyatakan diatas.
2.Mustahil Allah Berjirim dan berjisim
3.Mustahil Allah itu bersifat seperti berwarna dan sebagainya
4.Mustahil Allah itu berpancaindera
5-Mustahil Allah itu Bertempat, terpengaruh dengan masa dan keadaan
6-Mustahil bagi Allah, Qudrat dan Iradatnya ada yang menguasai
7-Mustahil Allah itu bersifat kecil, besar, panjang dan pendek seperti mempunyai bentuk
8-Mustahil Allah membuat sesuatu dengan arahan kuasa lain

C. Sifat Harus Bagi Allah.
    Mengadakan Mungkin dan mengtiadakan mungkin.- iaitu Harus Bagi Allah samada mahu menciptakan sesuatu atau mengtiadakan sesuatu. Ini kerana Allah S.W.T mempunyai sifat Kehendak dan Berkuasa. Sebagai contoh..Allah berkuasa mencipta Lembu, tetapi Allah tidak menghendaki Untuk menciptanya, maka harus bagi Allah untuk tidak mencipta lembu itu, ini kerana Allah itu Maha Berkuasa dan tidak ada yang boleh memaksaNya untuk mencipta sesuatu yang tidak dikehendakiNya.

-rujukan- Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Al-Ghazali R.A

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment