About Me

My photo
Berfikiran terbuka dari sudut agama

Friday, August 6, 2010

Bahaya Fahaman Wahhabi

     Wahhabi atau Mazhab Wahhabi mula diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab. Di dalam fahaman mazhab ini, penganutnya cuma mengambil Allah dan Rasulullah S.A.W sebagai panduan dengan mengenepikan apa yang telah dibawa oleh para sahabat Baginda dan para ulama yang mu'tabar.Ekoran dari tidak mengambil para sahabat dan golongan ulama' muktabar sebagai pemudah untuk memahami hadits, maka  olongan ini telah mentafsirkan hadits daripada Baginda Rasulullah S.A.W dengan menggunakan akal fikiran sendiri.
    Sebagai contoh, Rasulullah S.A.W pernah ditanya oleh seseorang tentang di mana Allah. Maka Rasulullah S.A.W menjawab Allah di atas langit. Rasulullah maksudkan di atas langit itu adalah Qudratullah yakni kekuasaan Allah dan menunjukkan bahawa Yang Maha Hebat, Yang Maha Besar, Yang Maha Agong pangkatNya paling tinggi, dan inilah juga yang di tafsirkan oleh golongan ulama' muktabar. Tetapi, golongan yang tidak mahu menerima sahabat dan golongan ulama' ini telah mentafsirkan bahawa Allah berada di atas langit. Di dalam kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Al-Ghazali R.A, beliau mengatakan bahawa Allah S.W.T Tidak bertempat dan Allah S.W.T tidak mengambil lapang kadar zat yakni menunjukkan bahawa Allah itu bukan berada di mana-mana, kerana sekiranya di katakan Allah berada di mana-mana, ini menunjukkan bahawa Allah itu bertempat, bererti fahaman seperti ini telah menyamakan antara manusia dengan Allah dari segi tempat dam kedudukan. Sedangkan Allah S.WT  ini "Mukhaalafatuhulil hawadits" yaitu tidak sama dengan yang baru.
    Inilah yang menjadi pegangan kepada golongan Mazhab Wahhabi, dan bererti mereka telah tidak menerima satu dari sifat Allah iaitu "Tidak sama dengan yang baru." Sedangkan sifat ini adalah antara 20 sifat Allah yang wajib diketahui dan wajib diimani.
    Selain daripada ini. masih banyak lagi fahaman-fahaman yang dibawa oleh golongan ini yang secara langsung tidak disedari oleh masyarakat Islam sekarang. Jadi berhati-hatilah dengan dakyah mengarut golongan ini yang boleh membawa kepada kerosakan iman.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment